About Course
Authentic Leadership: Gaya & Imej Yang Bersepadu
Kepimpinan bukan hanya soal memberi arahan. Ia bermula daripada bagaimana anda dilihat, didengar, dan dirasai oleh orang sekeliling.
Dalam webinar ini, anda akan mempelajari bagaimana elemen penampilan, pakaian, aksesori, dan bahasa tubuh menjadi sebahagian daripada kredibiliti seorang pemimpin yang berkarisma.
Sesi ini membawa pendekatan praktikal dan penuh insight dari lapangan sebenar—dari isu baju berkedut, cincin terlalu besar, sehingga kepada gaya misai dan beg tangan yang membina atau menghancurkan imej kepimpinan.
Dalam sesi ini, anda akan belajar:
✅ Bagaimana pakaian formal seperti kemeja dan baju kurung membentuk aura profesional dan dihormati.
✅ Tip pemilihan warna, corak dan potongan pakaian mengikut bentuk badan dan tujuan mesyuarat.
✅ Gaya aksesori (jam, cincin, tali leher, beg tangan) yang mencerminkan disiplin, bukan gaya hidup berlebihan.
✅ Strategi memilih fabrik, kasut dan potongan pakaian yang menyerlahkan kekemasan visual.
✅ Kepentingan aura warna dan kesan psikologi warna terhadap mood serta persepsi terhadap anda.
✅ Etika profesional dalam memilih beg tangan, pen, dan elemen kecil yang memberi impak besar.
✅ Perbezaan antara menjadi disukai dan dihormati, serta bagaimana imej mempengaruhi kepimpinan jangka panjang.
Tonton sekarang dan ubah cara anda dilihat sebagai pemimpin kerana gaya anda adalah suara pertama sebelum anda bersuara.