Inner Charisma Membina Pengaruh Dengan Aura Kepimpinan

Uncategorized
Wishlist Share

About Course

Inner Charisma: Membina Pengaruh Dengan Aura Kepimpinan

Pemimpin yang dihormati bukan hanya dinilai melalui pangkat atau kuasa, tetapi melalui aura, suara dan kejelasan mesejnya.

Karisma bukan semata-mata bakat semula jadi—ia boleh dibentuk, diasah dan ditingkatkan melalui strategi komunikasi dan penampilan yang tepat.

Bagaimana untuk memimpin dengan lebih berpengaruh dan diyakini, tanpa perlu meninggikan suara atau memaksa arahan?

Video ini akan membantu anda memahami rahsia inner charisma—iaitu karisma yang terbina daripada dalaman—melalui pendekatan visual, vokal, dan komunikasi berpengaruh.

Ketahui bagaimana seorang pemimpin boleh membina kredibiliti, mempengaruhi pasukan dengan tenang dan matang, serta menyerlahkan kewibawaan hanya melalui gaya bercakap dan warna baju yang dipilih.

Dalam sesi ini, anda akan belajar:

✅ Kuasa visual dalam membina aura kepimpinan—termasuk psikologi warna, simbolik pemakaian dan gaya berpakaian profesional.
✅ Teknik menggunakan suara berton rendah untuk meyakinkan tanpa menengking.
✅ Kepentingan sebutan jelas dan jeda dalam percakapan agar mesej didengari dan dihormati.
✅ Cara memilih perkataan berinspirasi dan futuristik agar komunikasi anda sentiasa ke hadapan, bukan mengungkit masa lalu.
✅ Peranan gesture dan bahasa badan dalam memperkukuh mesej serta mencerminkan profesionalisme.
✅ Cara membentuk komunikasi yang memupuk kepercayaan dan kerjasama pasukan.

Video ini sesuai untuk pegawai sektor awam, guru besar, ketua jabatan, pemimpin organisasi, dan sesiapa yang ingin meningkatkan keberkesanan komunikasi mereka sebagai pemimpin.

Tonton sekarang dan bangkitkan inner charisma anda untuk menjadi pemimpin yang dihormati, didengari dan dipercayai.

Show More

What Will You Learn?

  • Psikologi warna dan gaya visual yang meningkatkan aura kepimpinan.
  • Teknik suara berkepimpinan—nada rendah, artikulasi jelas, dan kawalan hujung ayat.
  • Kaedah bernafas dan bercakap secara teratur untuk elakkan kelam-kabut dan ‘menggoreng’.
  • Strategi komunikasi berpengaruh yang membina kredibiliti dan memupuk kepercayaan.
  • Bahasa tubuh dan ekspresi wajah yang memperkukuh mesej tanpa berkata-kata.
  • Penggunaan perkataan berimpak seperti “namun” vs “tetapi” untuk mesej yang futuristik dan inspiratif.
  • Cara mengelakkan konflik komunikasi akibat ketidakpadanan nada dan maksud.

Course Content

Inner Charisma: Membina Pengaruh Dengan Aura Kepimpinan

  • 1) Pengenalan
    07:52
  • 2) Warna Berpengaruh
    06:18
  • 3) Minda Separa Sedarr
    03:27
  • 4) Orang Besar
    17:22
  • 5) Komunikasi Lisan
    08:43
  • 6) Komunikasi Berpengaruh
    14:57
  • 7) Soal Jawab
    03:03

Student Ratings & Reviews

No Review Yet
No Review Yet